Monday, April 19, 2010

Mesyuarat Rukun Tetangga

Hari : Ahad
Tarikh : 11 April 2010
Masa : 8:30 malam
Tempat : Padang Permainan Taman Desa Kesang


En. Mohd Yuszrin Md Yaacob - Pengerusi
En. Kalidas A/L Ramiah - T.Pengerusi
En. Muhammad Syahrizan Johal - Setiausaha
En. Kassim b Wahab - Penolong Setiausaha
En. Sulaide bin Sulaiman - Bendahari

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang hadir dan memulakan Majlis Penubuhan Jawatankuasa Penaja Rukun Tetangga (RT) Taman Desa Kesang. Majlis dimulakan pada jam 9.00 malam.


2.0 Bacaan Doa

2.1 Bacaan doa dimulakan sebagai pembukaan majlis yang dibacakan oleh En. Mohd Fadzil b Ali sebagai wakil daripada penduduk.


3.0 Ucapan Pengerusi Penaja RT

3.1 Pengerusi memberikan sedikit keterangan mengenai tujuan majlis ini diadakan. Majlis tersebut adalah untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut berkenaan Rukun Tetangga daripada pegawai Perpaduan Daerah Jasin.

Tindakan : Pengerusi RT

4.0 Ucapan JKKK Pondok Kempas

4.1 Cikgu Borhan selaku Pengerusi JKKK Pondok Kempas telah memberikan ucapan ringkas kepada mereka yang hadir mengenai pentingnya Rukun Tetangga ditubuhkan bagi mempastikan keselamatan penduduk terjamin.

Tindakan : JKKK Pondok Kempas


5.0 Ucapan Ketua Balai Polis Kesang

5.1 Sarjan En. Sidiki Harun selaku Ketua Balai Polis Kesang telah memberikan ucapan tentang sokongan beliau dalam menubuhkan rukun tetangga untuk penduduk dan Pemilik Taman Desa Kesang.

Tindakan : Ketua Balai Polis Kesang


6.0 Ucapan wakil Persatuan Penduduk & Pemilik Taman Desa Kesang

6.1 Cikgu Sulaide bin Sulaiman selaku wakil daripada Pengerusi Persatuan Penduduk & Pemilik Taman Desa Kesang telah berucap sepatah dua kata.Persatuan Penduduk & Pemilik Taman Desa Kesang mengalu-alukan penubuhan Rukun Tetangga daripada pihak penaja.

Tindakan : Wakil Persatuan Penduduk & Pemilik Taman Desa Kesang


7.0 Ucapan daripada Pegawai Pejabat PERPADUAN Daerah Jasin

7.1 En. Hairul Nizam selaku Pegawai pejabat Perpaduan Daerah Jasin telah memberikan taklimat berkenaan Rukun Tetangga dan tujuan serta manfaat yang akan diperoleh oleh penduduk Taman Desa Kesang secara amnya.

Tindakan : Wakli Pejabat Perpaduan Daerah Jasin

No comments:

Post a Comment