Monday, April 19, 2010

Mesyuarat Rukun Tetangga

Hari : Khamis
Tarikh : 15 April 2010
Masa : 8:45 malam
Tempat : Rumah En. Ayob (JB6147) berhadapan padang

Hadir:


1. En. Mohd Yuszrin Md Yaacob - Pengerusi
2. En. Kalidas A/L Ramiah - T.Pengerusi
3. En. Muhammad Syahrizan Johal - Setiausaha
4. En. Kassim b Wahab - Penolong Setiausaha
5. En. Sulaide bin Sulaiman - Bendahari
6. En. Mohd Shahrizan b Dhahlan - Wakil AJK

  1. 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

    1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa 5 yang hadir dan tepat pukul 8.45 malam mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kittab.


    2.0 Agenda

    2.1 Di antara agenda mesyuarat adalah :-
    i) Menyusun kembali Misi, Visi dan Logo Rukun Tetangga.
    ii) Menyusun atur Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dan pembahagian tugas.


    3.0 Program aktiviti

    3.1 Gotong royong akan diadakan sebagai mukadimah aktiviti Rukun Tetangga pada 25 April 2010 dan mesyuarat gotong royong akan diadakan pada 21 April 2010.
    3.2 Sukaneka akan diadakan pada 1 Mei 2010. Manakala mesyuarat sukaneka akan diadakan pada 28 April 2010.
    3.3 Tayangan wayang gambar pada 15 Mei 2010. Manakal mesyuarat akan diadakan pada 9 Mei 2010.
    3.4 Senamrobik akan diadakan pada 5 jun 2010 (Cuti umum Yang Di-Pertuan Agung) dan pertandingan bola sepak turut dijalankan pada hari yang sama.
    Manakala mesyuarat akan diadakan pada 30 Mei 2010.
    3.5 Program ceramah kesihatan aedes/H1N1 akan di adakan pada 3 Julai 2010. Cabutan bertuah turut diadakan bagi menarik minat penduduk taman amnya.Manakala mesyuarat akan diadakan pada 27 Jun 2010.
    3.6 Ceramah Ramadhan Al-Mubarak akan diadakan pada 7 Ogos 2010. Manakala mesyuarat akan diadakan pada 24 Julai 2010.
    3.7 Majlis berbuka puasa akan diadakan pada 31 Ogos 2010. Manakal mesyuarat akan diadakan pada 21 Ogos 2010.
    3.8 Majlis jamuan Hari Raya Puasa akan diadakan pada 26 September 2010. Manakala mesyuarat akan diadakan pada 19 September 2010.
    3.9 Pada hari cuti umum ( Keputeraan Tuan Yang Terutama) akan dadakan sukaneka pada 9 Oktober 2010. Manakala mesyuarat akan diadakan pada 3 Oktober 2010.
    3.10 Ceramah Korban Aidil Adha akan diadakan pada 13 November 2010. Manakala mesyuarat akan diadakan pada 7 November 2010.
    3.11 Ceramah PERPADUAN/ Keagamaan akan diadakan pada 6 Disember 2010. Manakala mesyuarat akan diadakan pada 28 November 2010.

    Tindakan : Semua JK RT

    4.0 Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Rukun Tetangga pada 18 April 2010.

    4.1 Bancian penduduk untuk kaum Melayu, Cina dan India.
    4.2 Bancian terhadap sosio ekonomi penduduk taman Desa Kesang.
    4.3 Merancang aktiviti yang telah dicadangkan.
    4.4 Penyusunan semula AJK RT serta fungsi setiap Ketua Biro.
    v Biro Keagamaan/Kerohanian/Kebajikan :
    Menjalankan program-program yang melibatkan hal-hal keagamaan dan kerohanian juga hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan penduduk.

    v Biro Keselamatan:
    Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan keselamatan penduduk dan taman serta memantau aktiviti dan program yang dijalankan di kawasan taman.

    v Biro Sukan dan Rekreasi:
    Bertanggungjawab untuk menyelia dan memantau aktiviti sukan dan riadah yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga dan juga memastikan perjalanan semua program yang berkaitan berjalan dengan lancar.

    v Biro Kebersihan dan Keceriaan:
    Memastikan kawasan taman memenuhi aspek kebersihan dan keceriaan serta bertanggungjawab untuk memperindahkan lagi kawasan taman dan penjagaan secara berterusan.

    v Biro Teknikal/Tugas-tugas Khas :
    Bertanggungjawab dalam hal-hal penyediaan peralatan dan kawasan untuk program-program yang diadakan di kawasan taman serta merancang dan memastikan program berjalan seperti yang dijadualkan.

    v Biro Jamuan/Masakan :
    Bertanggungjawab untuk penyediaan makanan bagi sebarang program yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti rukun tetangga termasuklah pembelian bahan mentah dan juga pengurusan makanan yang disumbangkan oleh pihak-pihak penaja.

    v Biro Protokol/Program :
    Bertanggungjawab dalam menguruskan tentatif program termasuklah memantau aktiviti program dan memastikan mengikut protokol yang telah ditetapkan serta memastikan semua aktiviti biro-biro dijalankan seperti yang telah ditetapkan.


    Tindakan : Semua JK RT


    8.0 UCAPAN PENANGGUHAN

    8.1.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:00 malam dan bersurai.

No comments:

Post a Comment